Assalamualaikum wrh wbt.....buat pembaca budiman.
Sementara berehat sekejap dari aktiviti rutin tahunan ni, saya melapangkan diri sekejap untuk mengisi posting ini kerana saya rasa agak "tercabar" dan ingin memberikan beberapa pendapat berkaitan EMAS vs HARTANAH.
"Tercabar" apabila ada pelabur hartanah mempertahankan bahawa pelaburan dalam bidang hartanah adalah lebih baik dari EMAS.
Saya tidak menafikan mana-mana pelaburan selain EMAS adalah tidak baik atau tidak bagus. Malah selagi ia berkonsepkan pelaburan....ia tetap bermakna dan baik sebagai langkah bijak kita berdepan dengan kenaikan harga barang dan inflasi yang sangat menekan jiwa raga. Tanpa pelaburan, simpanan dan kuasa perbelanjaan kita merosot dengan teruknya. Pendek kata, kita perlu "bekerja" untuk bersaing dengan kos sara hidup yang meningkat. Maka, ada dari antara kita sanggup mencari pendapatan sampingan membanting tulang empat kerat untuk mencukupkan nafkah keluarga.
Namun satu lagi cara bagaimana kita ingin menjana pendapatan melalui income pasif ialah melalui pelaburan. Duit atau wang yang kita simpan dalam apa jua simpanan yang beroreantasikan pelaburan akan "beranak pinak" tanpa kita perlu bekerja keras. Sebab itulah, saya cukup kagum dengan mereka yang bersengkang siang malam untuk mencukupkan keperluan diri dan keluarga masing-masing.
Baiklah kita kembali kepada perbicangan tentang pelaburan. Ada banyak medium pelaburan di Malaysia seperti ASB, ASN, AS1M, PUBLIC MUTUAL, ASM MARA dll. Malah Tabung Haji, Koperasi, Takaful, Insuran dan beberapa institusi kewangan lain juga terlibat dalam aktiviti pelaburan yang selamat. Itu tak masuk lagi pelaburan yang berskim dan tidak berskim.....bunyi macam susu tepung bayi.
Persoalan yang selalu diperbincangkan ialah sejauh manakah pendapatan atau pasif income yang kita terima dair setiap pelaburan kita? Adakah medium pelaburan kita benar-benar selamat yang boleh menjamin simpanan dan pendapatan kita pada masa depan?
Sejujurnya, berdasarkan ilmu saya yang cetek ini (melalui kelas pelaburan yang banyak saya hadiri), semua bentuk pelaburan adalah berisiko. Cuma yang membezakan ialah kecil atau besar risiko tersebut. Risiko ini boleh berlaku dari pelbagai aspek dan faktor seperti sosiopolitik, sosioekonomi dan bermacam lagi. Hanya dua jenis pelaburan sahaja pada pandangan kacamata saya yang memiliki daya tahan paling tinggi disamping prospek keuntungan yang besar iaitu EMAS dan HARTANAH. Namun, berdasarkan pembacaan, seminar dan ilmu yang sedikit ini, untuk menobatkan pelaburan terbaik dan terbukti selamat ia perlu mampu bertahan dalam apa jua situasi yang sedang berlaku dan paling penting terbukti selamat sejak dahulu, kini dan akan datang. Pelikkan bunyinya? Mestikah pelaburan perlu selamat dalam semua lingkungan zaman? Dan ada ke mana-mana pelaburan yang memiliki sejarah bahawa pelaburan tersebut terbukti selamat sepanjang zaman?
Jawapan saya ialah ADA. Dari dua jenis pelaburan tadi, hanya EMAS terbukti berjaya bertahan dan mampu melawan semua arus semua zaman yang pernah dan akan berlaku pada masa depan. Macam mana tu? ...........tunggu ye posting saya akan datang!
No comments:
Post a Comment