Thursday, July 29, 2010

SAYA DAN EMAS 2

Assalamualaikum buat saudara pembaca budiman.....

Kali ini saya ceritakan sambungan cerita EMAS dan SAYA

Selepas 3 bulan saya mengenal dan seterusnya 'jatuh hati' kepada EMAS, saya telah mulakan langkah kanan saya dengan menyimpan sedikit emas dalam akaun GSPA Maybank. Keuntungannya selepas 5 bulan ialah hampir 13%. Tak dapat bayangkan perasaan yang berbunga-bunga ketika itu.

Sebenarnya, objektif saya membeli EMAS ini ialah untuk MENYIMPAN JANGKA PANJANG. Jadi saya tidak hiraukan sangat turun naik harga EMAS. Yang saya tahu EMAS akan naik untuk jangka masa panjang.

Selepas membuka akaun GSPA Maybank, saya mulakan research dan membaca seberapa banyak maklumat tentang EMAS. Sehinggalah saya terjumpa blog JUTAWANEMAS milik Syukor Hashim, blogger pertama berkenaan EMAS. Saya baca dengan teliti setiap butiran tulisan beliau dalam blog tersebut. Kesimpulannya, maksimum ilmu yang saya dapat disini. Hasilnya, saya tergerak hati untuk menyimpan EMAS dalam bentuk fizikal pula. Pada April 2010, satu seminar potensi EMAS diadakan di pejabat Genius Global Gold di Taman Perling milik En Shamsudin. Penceramahnya ialah En Shukor Hashim sendiri. Penerangan yang menarik yang disokong fakta dan realiti EMAS SEMEMANGNYA WADAH PELABURAN TERBAIK menyebabkan saya kembali ke pejabat GENIUS GLOBAL GOLD dan mendapatkan emas fizikal pertama saya. Dan disitu juga saya bertemu dan berkenalan dengan pemilik syarikat itu, En Shamsudin dan Kak Lin dan kemudian berdaftar sebagai wakil penjual (agen) dibawah rangkaian GENIUS GLOBAL GOLD.

Kesimpulannya......saya sedar menyimpan EMAS adalah SIMPAN + PELABURAN = KEKAYAAN SEBENAR.....