Assalamualaikum buat pembaca budiman....
Berjumpa lagi untuk cerita emas. Kali ini saya sambung lagi isu WANG KERTAS vs EMAS.
Baik, jika anda lihat gambaran dalam rajah di sebelah. Apa kesimpulan yang boleh kita boleh buat?
Kesimpulannya ;
a. Nilai matawang TURUN dalam jangkamas panjang
b. Nilai emas NAIK dalam jangka masa panjang.
Mula-mula saya tengok graf ni (ketika baru kenal emas) dan membaca banyak maklumat tentang keburukan wang kertas, saya mengucap panjang kerana wang yang kita banggakan selama ini dimakan inflasi yang bukan sedikit.
Sebagi contoh, dulu sewaktu sekolah rendah, dengan RM 1 ringgit saya boleh membeli 4 biji karipap. Tapi hari ini dengan duit yang sama saya hanya dapat 2 setengah-3 biji karipap sahaja. Kenapa ada 2 setengah? Sebab banyak tempat sekarang ni, sejumlah RM1.20 diperlukan untuk mendapatkan 3 biji Raja Kuih tuuuu.. Akan datang sebiji Rm1 lah jawabnya.
