Salam buat pembaca semua...
Bulan ini genaplah 6 bulan saya melibatkan diri secara serius mempromosikan EMAS kepada keluarga dan rakan terdekat. Macam tak percaya juga bila mengenangkan saya boleh buat satu perkara yang saya sangka hampir mustahil saya boleh lakukan selama ini iaitu mempromosi barang kepada orang lain.
Sebenarnya saya promosi EMAS bukanlah untuk tujuan peribadi atau untuk jana pendapatan. Saya mempromosi EMAS bertujuan mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang ciri-ciri keistimewaan dan kehebatan logam bernama EMAS. Disamping saya ingin mendidik orang ramai agar memilih pelaburan yang selamat lagi menguntungkan, saya juga berkesempatan menyampaikan kesedaran tentang salah satu sunnah Nabi yang telah ditinggalkan (dan akan kembali di akhir zaman seperti yang nabi sebutkan dalam hadis riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal) dan sumber kekuatan tamadun Islam dahulu memalui kuasa DINAR. Setiap kali saya bercerita tentang EMAS, saya gunakan semua ilmu dan bahan dimiliki agar mereka menerima ilmu 100% seperti yang pernah saya terima.
Umumnya selama 6 bulan saya menyampaikan ILMU tentang EMAS/DINAR ini, saya menemui 3 golongan ;
1. Orang yang tahu tentang nilai dan kehebatan EMAS. Golongan ini memiliki kesedaran tinggi bahawa EMAS adalah logam yang tinggi nilainya, sentiasa naik harganya dan menyedari menyimpannya ibarat menyimpan kekayaan. Golongan ini biasanya tidak banyak bertanya. Cuma rata-rata dari mereka tidak pernah mendengar EMAS PELABURAN. Cukup diterangkan sedikit latarbelakang syarikat dan prosedur belian dan jualan, mereka terus membelinya. Golongan ini bertindak pantas dan selepas 6 bulan, mereka telah menikmati keuntungan dari pembeliannya dulu. Pernah saya bertanya seorang daripadanya, "Sekarang dah untung, nak jual tak?". Dia kata " Tak nak. Nak simpan lagi lamaaaa"
Saya cukup puas mendidik orang ini dan puas hati bila tindakan mereka memiliki EMAS sendiri akhirnya berjaya dan menguntungkan. Senyum panjang saya.....
2. Golongan kedua ialah orang yang telah dijelaskan keistimewaan EMAS dan ilmu pelaburan EMAS. Mereka mengakui dan memahami kekuatan dan kelebihan pelaburan EMAS tetapi mereka masih tidak bertindak. Bila ditanya, bila nak mula menyimpan, kebanyakan mereka kata tahun depan.......tiada modal.........nak kaji dan bermacam lagi. Akhirnya dari emas berharga USD 1165/oz dan emas kini sudah mencapai takat USD 1400/oz mereka masih belum lagi bertindak.
Saya cukup puas mendidik orang ini walaupun mereka belum bertindak. Nasihat saya kepada golongan ini, harga emas tidak menunggu kita....ia sentiasa naik untuk tempoh tertentu. Bermulalah dengan yang kecil jika tiada modal yang besar. Pokoknya, bermulalah sekarang! Saya pun turut senyum panjang.....
3. Golongan yang ketiga ialah golongan yang menolak kebaikan dan kehebatan EMAS sebagai kuasa pelaburan yang menguntungkan. Walaupun telah ditunjukkan banyak bukti dan banyak dialog dilakukan, tetapi mereka tetap menolak ketepi pelaburan EMAS dan memperkecil kebaikan DINAR.
Saya juga cukup puas mendidik orang ini walaupun mereka menolak mentah saranan saya menyimpan dalam EMAS sebagai medium pelaburan dan simpanan selamat. Tetapi apa yang pasti saya tetap senyum panjang terhadap golongan ini....
Persoalan : Mengapa saya senyum panjang terhadap ketiga-tiga golongan ini?
Jawapannya :
1. Saya telah maklum dan mengetahui kelebihan tersurat dan tersirat simpanan, pelaburan dan kebaikan EMAS/DINAR ini melalui kelas-kelas EMAS yang saya hadiri dan kebaikannya berbanding platform pelaburan yang lain.
2. Saya telah maklum dan mengetahui RAHSIA KEJAYAAN dan KEKAYAAN TAUKE EMAS. Nak tahu apa rahsianya....kita bicara lain waktu.
3. saya memaklumi rahsia dan kekuatan DINAR dan kelemahan WANG KERTAS ciptaan manusia.
Semua ini saya ketahuinya melalui seminar emas yang semakin kerap diadakan mutakhir ini disamping sedikit kajian yang dilakukan......
Sunday, November 21, 2010
Sunday, November 14, 2010
Inflasi musuh utama wang
Assalamualaikum buat pembaca blog sekalian........
Malam tadi, buat kali ketiga saya hadiri seminar pelaburan emas untuk tempoh 3 bulan. Walaupun hampir 70% topik yang diutarakan itu sama dalam seminar-seminarnya yg terdahulu. Walaupun topik dan isinya tetap sama, tetapi cara penyampaian dan contoh yang diberikan sentiasa up-to-date. Kadang-kadang ada kemusykilan baru, jadi inilah peluang untuk bertanya kepada mereka yg pakar.
Ya, itulah saja cara saya dan isteri untuk kembali kuat dan bertenaga semula dalam meneruskan perjuangan dlm biz yg dijalankan. Sekali sekala cari ketenangan, isi minda dengan ilmu disamping berbincang strategi perniagaan. Sesetangah kawan2 (termasuk keluarga sendiri) naik pelik lihat cara dan gaya kami yg suka belajar itu dan ini. Ada saja seminar nak diikutinya. Sebenarnya, ini adalah salah satu dari 2 cara kami mencari ketenangan dan kekuatan agar kami terus kuat menghadapi kehidupan dan biz yg dibuat. Yelah, macam mana nak berbincang dan tenang membuat keputusan jika berdepan dengan anak2 yang aktif dan cerdas ni. Perrgh...hanya mereka yang memiliki anak sahaja yang tahu cabaran mendidik anak2 ni.
Baiklah, nak sentuh sedikit tentang ilmu yang saya perolehi tadi malam.
Pertama : Wang yang kita gunakan dikenal sebagai money changer atau alat pertukaran untuk mendapatkan sesuatu. Tidak sesuai untuk simpanan dan pelaburan kerana ianya tiada asas atau sandarn kukuh utk dijadikan mana-mana tujuan simpanan mahupun pelaburan. Sebab itulah samada kita sedar atau tidak, nilai wang kita merosot sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. Untuk menjadi simpanan atau pelaburan, nilai simpanan kita perlu meningkat bukan menurun. Inilah yang dinamakan INFLASI. Musuh utama wang yang kita gunakan hari ini. Persoalannya, berapa kadar inflasi di negara kita dan sejauhmanakah inflasi memberi kesan kepada simpanan kita dan masa depan kita?
Bank Negara dalam satu kenyataan memaklumkan kadar inflasi dinegara kita adalah pada kadar 4-5%. (sebenarnya lebih lagi - Cthnya : cuba kira dan banding kadar kenaikan gaji dengan kadar kenaikan barang dalam setahun, banyak mana?)
Satu contoh, kita mahu menyimpan untuk tujuan mengerjakan haji utk 5 tahun akan datang. Lalu kita simpan wang kita dalam Tabung Haji. Di dalam tabung haji, kita menerima dividen 4-5% setahun. Seakan wang kita bertambah bukan? Sebenarnya, tidak. Kadaran 5% tidak cukup membantu kita melawan inflasi. Itu belum tolak lagi zakat dan peningkatan kos penerbangan dan pengurusan haji akan datang.
Berita tentang inflasi : Ia tetap akan berlaku kerana wang fiat yang kita gunakan hari ini amat terdedah dengan 1001 pengaruh negatif serta tekanan pasaran yg akhirnya meruntuhkan nilai wang sedikit demi sedikit.
Jadi, untuk melawan inflasi, kita perlu medium pelaburan yang melebihi kadar inflasi dan kenaikan kos sara hidup kita hari ini. Dengan simpanan EMAS, anda akan menikmati kenaikan (keuntungan) EMAS paling kurang 25% setiap tahun. Cuba lihat semula carta dan graf yang telah saya sertakan dalam catatan saya sebelum ini.
Malam tadi, buat kali ketiga saya hadiri seminar pelaburan emas untuk tempoh 3 bulan. Walaupun hampir 70% topik yang diutarakan itu sama dalam seminar-seminarnya yg terdahulu. Walaupun topik dan isinya tetap sama, tetapi cara penyampaian dan contoh yang diberikan sentiasa up-to-date. Kadang-kadang ada kemusykilan baru, jadi inilah peluang untuk bertanya kepada mereka yg pakar.
Ya, itulah saja cara saya dan isteri untuk kembali kuat dan bertenaga semula dalam meneruskan perjuangan dlm biz yg dijalankan. Sekali sekala cari ketenangan, isi minda dengan ilmu disamping berbincang strategi perniagaan. Sesetangah kawan2 (termasuk keluarga sendiri) naik pelik lihat cara dan gaya kami yg suka belajar itu dan ini. Ada saja seminar nak diikutinya. Sebenarnya, ini adalah salah satu dari 2 cara kami mencari ketenangan dan kekuatan agar kami terus kuat menghadapi kehidupan dan biz yg dibuat. Yelah, macam mana nak berbincang dan tenang membuat keputusan jika berdepan dengan anak2 yang aktif dan cerdas ni. Perrgh...hanya mereka yang memiliki anak sahaja yang tahu cabaran mendidik anak2 ni.
Baiklah, nak sentuh sedikit tentang ilmu yang saya perolehi tadi malam.
Pertama : Wang yang kita gunakan dikenal sebagai money changer atau alat pertukaran untuk mendapatkan sesuatu. Tidak sesuai untuk simpanan dan pelaburan kerana ianya tiada asas atau sandarn kukuh utk dijadikan mana-mana tujuan simpanan mahupun pelaburan. Sebab itulah samada kita sedar atau tidak, nilai wang kita merosot sedikit demi sedikit tanpa kita sedar. Untuk menjadi simpanan atau pelaburan, nilai simpanan kita perlu meningkat bukan menurun. Inilah yang dinamakan INFLASI. Musuh utama wang yang kita gunakan hari ini. Persoalannya, berapa kadar inflasi di negara kita dan sejauhmanakah inflasi memberi kesan kepada simpanan kita dan masa depan kita?
Penyusutan nilai matawang berlaku pada matawang terkuat di dunia. Jika matawang USD ini boleh mengalami penyusutan nilai sebegini teruk, bagaimana pula dengan simpanan dan rizab negara yang berjumlah ratusan bilion dalam dalam nilai USD.
Kadar inflasi dunia. Zimbabwe kini dalam situasi hyper inflation. Dibelakangnya 11 negara yg memiliki kadar inflasi tertinggi termasuklah USA.
Satu contoh, kita mahu menyimpan untuk tujuan mengerjakan haji utk 5 tahun akan datang. Lalu kita simpan wang kita dalam Tabung Haji. Di dalam tabung haji, kita menerima dividen 4-5% setahun. Seakan wang kita bertambah bukan? Sebenarnya, tidak. Kadaran 5% tidak cukup membantu kita melawan inflasi. Itu belum tolak lagi zakat dan peningkatan kos penerbangan dan pengurusan haji akan datang.
Berita tentang inflasi : Ia tetap akan berlaku kerana wang fiat yang kita gunakan hari ini amat terdedah dengan 1001 pengaruh negatif serta tekanan pasaran yg akhirnya meruntuhkan nilai wang sedikit demi sedikit.
Jadi, untuk melawan inflasi, kita perlu medium pelaburan yang melebihi kadar inflasi dan kenaikan kos sara hidup kita hari ini. Dengan simpanan EMAS, anda akan menikmati kenaikan (keuntungan) EMAS paling kurang 25% setiap tahun. Cuba lihat semula carta dan graf yang telah saya sertakan dalam catatan saya sebelum ini.
100 bilion untuk 3 biji telor!
Lihat tanda harga tersebut. Jual gula2 pakai juta-juta
Gaji sebulan di Zimbabwe. Tak mustahil negara kita boleh terjebak dgn situasi begini.
Persoalan kedua : Bolehkah keadaan di atas berlaku di Malaysia?. Saya kata memang boleh. Walaupun saya bukanlah pakar yang layak membicarakan ekonomi, tetapi kita sebagai pengguna, kita memiliki segala teknologi dan kemampuan untuk mengakses segala maklumat penting samada maklumat itu bersifat lampau atau melangkau masa depan. Lihat sahaja pada graf, carta dan apa sahaja yang boleh menunjukkan kerosakan ekonomi mutakhir ini diikuti kata-kata pakar. Di negara jiran kita, Indonesia, suatu ketika dahulu nilai wang kertas mereka cukup besar, namun hari ini...anda sendiri pun tahu jawapannya. Tidak mustahil nilai wang kita akan menjadi sekecil wang mereka. 10 tahun lalu, kita perlukan RM1 untuk 5 biji kariap. Hari ini kita perlukan lebih banyak wang untuk mendapat jumlah karipap yang sama.......
Monday, November 8, 2010
Emas capai harga baru USD1400/oz
Assalamulaikum buat pembaca semua. Hari ni punya berita....saja nak umumkan dan menunjukkan kepada pembaca harga tekini emas (surelah saya nak tunjukkan harga menaik)....
Berdasarkan gambar diatas, harga EMAS sudah mencapai takat harga baru USD 1400/oz pada pagi ini. Sungguh menakjubkan. Apapun tahniah kepada mereka yang telah memulakan pelaburan emas lebih awal.
Kalau saya, tersenyum sudah hingga ke telinga. Saya nak bawakan satu contoh kawan saya yang telah membeli sekian banyak emas beberapa bulan lalu kini sudah menunjukkan peningkatan keuntungan yang tinggi. Lagi lama disimpan lagi menguntungkan. Pergh masyuk!!!Tu baru simpan......belum buat tenik pajak + niaga lagi.
Jenis EMAS Waktu belian Harga belian Harga terkini Bezatara %
20g Julai 2010 2854 3191 337 11.8
20g Sept 2010 2747 3191 444 16.1
50g Julai 2010 7100 7939 839 11.8
100g April 2010 14018 15804 1786 12.7
1 dinar Sept 2010 567 659 92 16.2
1 dinar Sept 2010 569 659 90 15.8
5 dinar Sept 2010 2983 3282 299 10.1
10 dinar Ogos 2010 5775 6534 759 13.1
Nampak tak? Keuntungan EMAS! Setiap unit emas yang dibeli di atas sudah menunjukkan kadar keuntungan walaupun baru beberapa bulan pembelian dibuat. Itu belum buat lagi keluarkan jurus & belebad emas yang pastinya akan menambahkan kadar keuntungan setiap emas tersebut......
Baiklah.......
Dikesempatan ini saya dan nak maklumkan seminar pelaburan emas bagi bulan November kembali lagi. Seperti biasa Speaker kita ialah sifu emas Malaysia, En Shukor Hashim yang akan diadakan sepertimana berikut ;
(Kepada warga JB khususnya, marilah beramai-ramai hadir ke seminar yang diadakan secara percuma untuk mengetahui lebih lanjut kelebihan dan keistimewaan EMAS.)

Sunday, November 7, 2010
Apabila masyarakat mula sedar tentang EMAS
Dalam beberapa minggu ini tidak lekang orang ramai membicarakan DINAR dan EMAS. Berdirilah dimana-mana, nescaya anda akan dengar cerita hangat EMAS antara topik yang sering dibualkan.
Harga naik tinggi lah....
Emas tengah mahal lah.......
Duit tisu tandas lah....
Betul ke emas tu ?
Dunia tengah krisis kewangan.....
Amerika dah tak boleh harap lagi dah....dan macam-macam lagi.
Ironinya, cerita dan kisah EMAS dan DINAR mula merebak sejak Tun Mahathir bersuara tentang kehebatan dan keunggulan EMAS sebagai penyimpan kekayaan yang stabil berbanding wang kertas yang disifatkan beliau sebagai tisu tandas. Jadi tercetuslah fenomena aura EMAS. Masing-masing mula mencari apa-apa sahaja bahan bacaan tentang EMAS. Bagi yang mengenali PG, syarikat pengeluar tempatan pertama di malaysia, mula menyerbu website syarikat sehingga kapasiti website tersebut tidak mampu lagi menerima kunjungan pelawat yang datang mengejut. Dikhabarkan sehingga kini sahaja, sudah ada lebih 2000 dealer PG diseluruh negara. Kedua, syarikat PG mengalami kesukaran untuk memenuhi permintaan luar jangkaan ini disebabkan permintaan melebihi penawaran. Maka syarikat terpaksa membekukan sementara tempahan emas bullion dan dinarnya.
Walaupun reputasi syarikat sedikit tercalar kerana langkah pembekuan dilakukan, namun langkah ini dianggap sebagai berani dan berintegriti kerana pihak syarikat berusaha memenuhi dahulu tempahan lama sebelum membuka tempahan baru sejurus semua tempahan lama berjaya dilunaskan.
Baru-baru ini saya terdengar berita baik dan bakal mengubah pola pemikiran dan minat masyarakat terhadap EMAS pelaburan ini sebagai simpanan dan pelaburan bijak. Apa yang saya maksudkan ialah kerajaan Perak selepas ini akan muncul sebagai kerajaan negeri kedua selepas kerajaan Kelantan akan mengeluarkan dinar dan dirham sendiri yang boleh didapati secara terbuka.
Langkah ini bukan sahaja akan menyemarakkan lagi kecenderungan dan minat rakyat agar memiliki EMAS pelaburan sendiri, malah ia menutup terus mulut pengkritik dinar dan dirham yang selama ini dipelopori oleh kerajaan Kelantan. Tidak kisahlah untuk tujuan apapun DINAR dan DIRHAM itu diperlakukan, yang pasti rakyat mula sedar tentang kehebatan dan ketinggian nilai EMAS.
Berikut adalah antara tanda penting yang dilihat penganalisis EMAS sebagai bukti kesedaran tentang EMAS sudah mula meningkat dikalangan masyarakat ;

a. Semakin banyak institusi perbankan membuka kaunter EMAS samada melalui buku atau jualan EMAS fizikal. Jika sebelum ini Maybank melalui GSPA dan Public Bank melalui GIA, kini Kuwait Finance House sudah membuka akaun emasnya sendiri.
b. Semakin banyak hadiah peraduan kini berupa EMAS dalam pelbagai bentuk. Kereta-kereta dah tak main dah. Namun kalau sebelum ni banyak hadiah EMAS ditawarkan dalam bentuk jongkong, tapi sekarang ini hadiah EMAS boleh juga dalam rupa MUG dalam iklan Nescafe tu. Akan datang silap-silap ada hadiah ayam emas, itik emas, ikan emas, bedak emas, karipap emas dan macam-macam.
c. Semakin banyak cakap-cakap tentang EMAS dalam masyarakat. Dari pemimpin sehinggalah ke rakyat bawahan yang boleh kita dengar cerita mereka di warung-warung kopi. Sejak Tun Mahathir bersuara setahun dua ni, ramai mula sedar dan beralih kepada simpanan EMAS. Termasuk mereka-mereka yang sebelum ini tidak yakin dan percaya. Nak kena tunggu penangan Tun Mahathir dulu barulah bergerak......
d. Semakin banyak saluran media bercerita tentang EMAS.
e. Semakin banyak pusat gadaian Ar-Rahnu dibuka. Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Macam-macam Ar-rahnu ada pada hari ni. Ar-Rahnu Yapiem ada, KPMJ ada, Bank Rakyat ada, Agro Bank ada, Bank Islam pun ada dan banyak lagi. Zaman dah berubah. Kini orang ramai pergi ke Ar-Rahnu bukan lagi kerana tidak berduit, tapi buat duit dengan EMAS pula.
f. Semakin banyak EMAS digunakan dalam urusan dan majlis keraian dalam masyarakat. Contohnya dalam majlis bersejarah seperti di hari pertunangan dan perkahwinan. Sekarang ni kalau kita lihat, emas bukan sahaja dalam bentuk barang perhiasan sebagai hantaran dan mas kahwin tetapi sudah dalam bentuk DINAR dan JONGKONG. Adik lelaki saya yang akan berkahwin dengan nilai hantaran RM7000 kesemuanya ditukar dalam bentuk DINAR. Masa nikah pada Januari 2011 nanti, dijangka nilainya bukan lagi RM 7000 lagi, tapi RM 8000 atau lebih......Hai bertuahlah badan...
g. Semakin banyak seminar-seminar pelaburan EMAS diadakan.
Thursday, November 4, 2010
LETUSAN DINAR DAN EMAS
Sejak dua menjak Tun Mahathir memberi kenyataan tentang penggunaan DINAR, hakikatnya ramai yang dah mula tergugah dan bangun dari lena. Paling tidak, ramai dari kalangan kita yang belum bertindak sudah mula berfikir secara serius akan kebaikan dan keasyikan menyimpan EMAS ni.
Namun tahniah dan syabas saya ucapkan kepada mereka yang telah pun bertindak. Bertindak pantas untuk berubah sebaik sahaja menerima ilmu/informasi tentang kebaikan EMAS. Tapi bagi yang masih berfikir dan menunggu, berfikirlah dan tunggulah lama-lama..........harga EMAS tidak akan kembali lagi seperti hari ini. Harga tahun ini lebih tinggi dari tahun sudah. Harga tahun depan akan lebih tinggi dari tahun ini. Bertindaklah sebelum terlambat.
Dan berita baik pada pagi ini, harga EMAS mencatat harga tertinggi baru dalam sejarah iaitu USD1390/oz dan sedikit masa lagi akan melepasi angka habat yg ditunggu-tunggu oleh semua kaki emas iaitu USD 1400/0z. Harga ini dicatat setelah berlaku 2 kali penurunan dalam masa tidak kurang sebulan dan mencanak naik semula sehinggalah yang anda saksikan dalam graf dibawah. Anda boleh tersenyum bangga sekarang. Tahniah sekali lagi.
InsyaAllah selepas ini, jika saya berkesempatan, saya akan jelaskan mengapa DINAR perlu kita angkat sebagai MATAWANG DUNIA bukan sekadar amalan orang terdahulu.....

Tuesday, November 2, 2010
Bila Dr Mahathir bersuara buat kali kedua.......
Salam sejahtera buat semua....
Pada Isnin lalu (1 Nov) Tun Mahathir muncul di kaca TV dalam Buletin Utama. dalam kemunculan singkat itu, Tun Dr Mahathir sekali lagi menegaskan apa yang pernah dicadangkan pada era pimpinannya dahulu agar penggunaan DINAR diwujudkan semula supaya ekonomi kita selamat dan terpelihara dari sebarang ancaman spekulator yang sentiasa mengambil kesempatan atas kelemahan wang dan ekonomi setiap negara di dunia. Sebenarnya, saya tak tahu pun Tun Dr Mahathir membuat kenyataan itu kerana sejak 2-3 malam ni memang saya tak sempat menonton tv. Itupun atas belas ihsan 2-3 orang kawan saya menyampaikannya kepada saya pada kesokan harinya..........
Ada dua persepsi saya bila saya Tun Mahathir membuat kenyataan semula bahawa sistem matawang DINAR EMAS dan DIRHAM perlu digunapakai semula.
Pertama :
Masih ingatkah anda beberapa bulan lalu ramai orang termasuk ahli politik, pensyarah, pegawai Bank Negara sehingglah kepada rakyat bawahan memperlekehkan usaha kerajaan Kelantan ingin menggunapakai DINAR dan DIRHAM dalam urusan harian termasuk pembayaran gaji dan urusan jual beli barang keperluan. Saya dapati waktu itu, usaha berani dan hebat kerajaan Kelantan ini disambut dengan 1001 cemuhan dan kritikan dan tidak kurang juga yang memujinya. Tetapi kali ini, ibarat bertemu buku dengan ruas. Mantan Perdana Menteri itu menegaskan sekali lagi bahawa dunia hari ini tidak boleh lagi bergantung kepada sistem ekonomi tajaan Barat yang dianggap selama ini paling dipercayai dan yang terbaik didunia...hari ini hanya menunggu masa untuk roboh dan ranap sepenuhnya. Persoalannya, gesaan Tun ini bukan sahaja kita dengar hari ini, malah beliau telah pun bersuara sejak 2002 iaitu disaat beliau akan bersara dari jawatan PM waktu itu. (Teringat waktu itu.....saya dengar ramai pemimpin dunia termasuklah Dr Mahathir banyak menyimpan kekayaan dalam EMAS bukan dalam DUIT. Tapi masa waktu tengah jahil....jadi tak ada apa2 usaha untuk bertindak)
Kenyataan akhbar online pada 2002 : Usul dan usaha Dr Mahathir tentang penggunaan DINAR EMAS
semasa menjadi PM.
Kedua ;
Apa yang menariknya, kawan-kawan saya yang menyampaikan berita itu belum lagi memulakan langkah menyimpan EMAS walaupun telah puas saya memberikan penerangan dan menasihatinya agar segera memulakan simpanan EMAS. Namun tiada sebarang perubahan sehinggalah mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir memberi kenyataan tentang kelebihan DINAR dalam berita, maka nampaklah response positif yang diberikan.
2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.
3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.
4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.
5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.
6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard”. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.
7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.
8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.
9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan “Bank Notes” sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.
10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.
11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.
12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.
13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.
14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.
15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.
16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.
17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.
18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.
19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.
20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.
21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.
Kredit : http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/11/dinar-emas.html

Kenyataan akhbar online pada 2002 : Usul dan usaha Dr Mahathir tentang penggunaan DINAR EMASsemasa menjadi PM.
Kedua ;
Apa yang menariknya, kawan-kawan saya yang menyampaikan berita itu belum lagi memulakan langkah menyimpan EMAS walaupun telah puas saya memberikan penerangan dan menasihatinya agar segera memulakan simpanan EMAS. Namun tiada sebarang perubahan sehinggalah mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir memberi kenyataan tentang kelebihan DINAR dalam berita, maka nampaklah response positif yang diberikan.
Yang sorang tu kata ; Bagusnya bagi mereka yang telah memulakan simpanan EMAS dan DINAR sejak dahulu.......
Saya jawab " Alhamdulillah.....fast action fast result
Yang sorang lagi tu kata ; Aku tak percaya la kalau sistem wang kita terutamanya USD boleh jatuh sebab semua negara menggunapakai sistem wang dia.....
Saya jawab persoalan yang satu ni.... Kalau kita cakap macam tu pada 2008 boleh le....tapi pada 2009 semasa krisis kewangan teruk yang melanda US dan Eropah - akibat ciptaan sendiri, maka terbuktilah sistem duit fiat yang dipelopori mereka melalui USD dan EURO (matawang alternatif kepada USD kononnya) telah pun gagal dan menunggu masa untuk dikuburkan......
Kesimpulannya....apa yang HAK pasti BENAR. apa yang BATHIL pasti KALAH juga kepada yang HAK. Mungkin kita akan kata Tun Mahathir negarawan ulung dan pemikir masa depan.
Namun jangan kita lupa, Nabi sudah pun berpesan tentang situasi ini sejak 1431 tahun yang lalu......Jadi fikir-fikirkanlah

Berikut adalah kenyataan Tun Mahathir tentang saranan penggunaan DINAR dalam blog beliau ;
1. Ramai juga yang bertanya berkenaan Dinar Emas termasuk juga BBC yang mengadakan wawancara dengan saya baru-baru ini.
2. Apa yang sudah jadi kenyataan yang tidak lagi dapat dinafi oleh negara-negara di dunia ialah sistem kewangan yang ada sekarang sudah gagal untuk diguna dalam ekonomi dan dagangan baik dalam negeri atau antarabangsa.
3. Keputusan Bretton-Woods selepas Perang Dunia Kedua ialah semua matawang negara di dunia ditentukan nilainya mengikut nilai tukaran dengan matawang Amerika Syarikat.
4. Tetapi di tentukan juga yang nilai Dolar Amerika ialah sebanyak 35 Dollar untuk satu ouns emas. Ini bermakna secara tidak langsung semua matawang dinilai mengikut sekian banyak emas.
5. Di masa itu semua matawang adalah kukuh. Tetapi Britain, pada tahun 1966 telah turunkan nilai Pound British. Malaysia telah rugi banyak kerana simpanan (reserve) kita adalah dalam matawang Pound. Pada satu masa Pound yang bernilai Ringgit Malaysia 8.30 telah turun kepada Ringgit Malaysia 3.60.
6. Kemudian Presiden Richard Nixon membuat keputusan bahawa Dollar Amerika tidak lagi terikat dengan emas. Amerika telah tolak apa yang dipanggil sebagai “Gold Standard”. Amerika juga memutuskan bahawa pasaran akan tentukan nilai Dolar Amerika.
7. Tetapi negara-negara lain masih percaya akan kekuatan ekonomi Amerika dan meneruskan ikatan nilai matawang mereka dengan Dollar.
8. Satu lagi keputusan dunia antarabangsa ialah nilai dagangan antarabangsa ditentukan dengan nilai Dollar Amerika dan bayaran juga dibuat dengan Dollar Amerika. Ini menyebabkan permintaan bagi Dollar Amerika menjadi kuat dan sekali gus menjamin nilai Dollar Amerika tidak jatuh walaupun tidak lagi diukur dengan sekian banyak emas.
9. Pada satu masa dahulu bank besar dibenarkan mencetak dan mengeluarkan “Bank Notes” sebagai wang yang sah dipergunakan. Kemudian pemerintah mengambil alih pengeluaran matawang.
10. Bank mengeluarkan pinjaman daripada modal dan deposit oleh pelanggan. Kadang-kadang jumlah pinjaman melebihi wang yang ada dalam bank. Tetapi ini dihadkan. Walaupun demikian pinjaman yang dikeluarkan kerap kali jauh lebih banyak dari had yang ditentukan.
11. Apabila pendeposit mengeluarkan simpanan mereka beramai-ramai maka bank tidak mampu untuk membayar balik kepada pendeposit kerana semua wang telah diberi pinjam bahkan lebih daripada itu. Dalam keadaan ini bank mesti di selamatkan (bail-out) oleh Kerajaan.
12. Melihat bahawa bank boleh mengeluarkan pinjaman hampir tanpa had (unlimited) maka penyangak pun merancang untuk guna duit bank yang tidak terhad ini untuk meraih keuntungan atas angin. Maka berlakulah dagangan matawang, pinjaman kepada peminjam yang keupayaan membayar tidak terjamin, penjualan pinjaman yang dikeluarkan oleh bank kepada syarikat insurans dan syarikat gadaian (mortgage company) dan lain-lain. Jumlah semua transaksi ini amat besar, bernilai berbilion dolar. Apabila ramai peminjam tidak dapat bayar hutang atau servis hutang, maka mereka yang membeli pinjaman bank dapati mereka akan rugi berbilion dolar.
13. Dan banyak lagilah penyalahgunaan sistem bank Barat yang dilakukan. Demikian Amerika dengan kekayaannya yang besar sekalipun tidak dapat menampung berbilion dolar kerugian oleh bank, syarikat, insuran, syarikat mortgage, hedge funds, merchant dan investment bank dan lain-lain.
14. Sesungguhnya sistem bank dan matawang Barat sudah gagal. Dunia harus kaji untuk menggantinya dengan sistem lain termasuk perbankan Islam dan dagangan dengan matawang khusus seperti Dinar Emas.
15. Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa.
16. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak.
17. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.
18. Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.
19. Kita bukan sahaja boleh ada dagangan antara dua buah negara tetapi antara beberapa buah negara. Sebenarnya bank-bank mengguna cara ini untuk menyelesaikan bayaran cheque kepada beberapa bank yang telah terima dan mengeluarkan bayaran berasas kepada cheque lain-lain bank.
20. Sudah tentu akan ada banyak masalah pada permulaan. Tetapi pakar-pakar boleh cari jalan untuk selesaikan atau atasi kelemahan sistem Dinar Emas ini.
21. Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.
Kredit : http://chedet.co.cc/chedetblog/2008/11/dinar-emas.html
Subscribe to:
Comments (Atom)