Apa khabar semua para pembaca budiman.....
Ini merupakan posting pertama saya dalam sejarah 'dunia' saya. Dah lama keinginan untuk berkongsi ilmu dengan rakan pembaca tentang EMAS ini. Sejak 'diperkenalkan' dengan EMAS oleh Dr Azizan Osman (mungkin anda sudah mengenali beliau yang sinonim dengan kajian tarikh lahir) dalam siri jelajahnya, minda dan hati saya mula terbuka tentang EMAS. Saya menyangka selama ini emas sinonim dengan barang perhiasan, dan barang perhiasan tu pula sangat rapat dan sinonim dengan perempuan.
Saya mulakan pelaburan saya dalam EMAS melalui buku akaun GSPA di Maybank Taman Molek, Johor Bahru....masa tu emas kira-kira 121/gram (pada Mei 2010 harga mencapai 143/gram).....

Yang menariknya... saya mula tergerak hati untuk memulakan pelaburan emas setelah saya menyertai seminar Dr Azizan Osman, Motivator Rahsia Minda Jutawan. Di dalam seminar tersebut, berdasarkan kiraan tarikh lahir (melalui kajian beliau selama 10 tahun), saya dikatakan memiliki satu tabiat negatif atau simptom yang tidak sihat dalam merancang kewangan.... iaitu memiliki sikap boros dan selalu mengalami kebocoran wang. Tersentak juga bila kajian itu memang tepat terkena batang hidung saya. Saya mengangguk kepala tanda mengiyakan kebenaran fakta itu.
Sebagi contoh, bayangkan kerajaan baru sahaja membentangkan bajet dan mengumumkan bonus untuk kakitangan awam.....saya terus membelanjakan habis sejumlah wang simpanan saya untuk (tapi bukan untuk yang bukan-bukan la) Manalah nak menyimpan kalau begitu tabiatnya . Walaupun saya seorang yang suka menyimpan wang pemberian abah saya sejak zaman sekolah (untuk tunaikan hajat diri-teringat saya menyimpan wang saku sekolah dalam tin yang saya simpan di bawah tunggul pokok durian belakang rumah saya gara-gara nak beli sebatang raket badminton) tetapi bila terdesak...saya mudah membelanjakan simpanan yang ada. Nak kaya macam mana kalau duit asyik keluar. Tabiat "duit tidak melekat" sudah saya lalui hampir 10 tahun lamanya selepas berkerjaya dan akhirnya berjaya diatasi dengan menukarkan duit simpanan kepada bentuk EMAS fizikal.
Menyimpan EMAS ini bukan sahaja menguntungkan kerana ia termasuk salah satu cabang pelaburan di Malaysia tetapi yang lebih menarik....EMAS ni memiliki nilai entrinsik dan aura tersendiri. (pakai emas kan haram bagi lelaki Islam - hanya simpan). Sejak saya menyimpan di GSPA Maybank, hati saya berbunga dan rasa lebih tenang. Tenang pasal apa? Tanyalah saya pasal apa....!
Sebabnya ;
1. saya telah memiliki kekayaan sebenar
2. saya tidak risau lagi duit keluar. Tambah lagi ada......
3. alhamdulillah....rezeki bertambah tambah (kerana dorongan menyimpan yang tinggi)
4. harga emas sentiasa naik untuk jangka panjang
5. disamping SIMPAN + PELABURAN = KEKAYAAN SEBENAR saya juga dapat membantu memartabatkan semula DINAR dan TERADISI KECEMERLANGAN EKONOMI ISLAM yang telah lama ditinggalkan
Memang betullah kata Dr Azizan.....emas ada keistimewaan dan tarikan jika kita memilikinya. Kepada anda yang belum lagi memilikinya, apa lagi..... milikinya sekarang