Ada yang bertanya kat saya, apa lebihnya simpan EMAS? Hebat sangatkah keuntungan melabur dalam EMAS jika nak dibandingkan dengan medium pelaburan yang lain? Tak takut hilang ke? Entah-entah pelaburan haram atau skim cepat kaya kot!.....dan macam-macam lagi komen yang saya dengar.
Bagi saya biasalah, nak mendidik manusia tak semudah yang kita jangkakan. Nak mendidik manusia kembali kepada kesedaran dan positif biasanya menghadapi banyak halangan sebelum bertemu kejayaan. Nawaitu saya, hanya mahu mendidik rakan dan masyarakat tentang kehebatan dan kebaikan EMAS. Dalam al-Quran, hadith dan kata-kata ulama' bila dikaji kesemuanya mengiktiraf keistimewaan EMAS. Mengakui EMAS sebagai aset dan matawang yang tiada galang ganti. Sejak 1400 tahun yang lalu, Rasulullah sendiri menjelaskan hanya EMAS dan PERAK yang boleh diguna dan dimanfaat disaat semua benda lain didunia tidak mampu lagi digunapakai khususnya dalam soal kewangan.
Baiklah kita jawab soalan yangsering ditanya kepada saya :
Apa kelebihan menyimpan EMAS? Hebat sangatkah EMAS jika nak dibandingkan dengan ASB, ASN, Unit Trust, FOREX?
Jawapan : Saya tak akan jawab secara panjang lebar. Cukuplah saya tunjukkan graf catatan EMAS 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun, 5 tahun dan 10 tahun ini sebagai bukti.... Bak kata Nabil "Lu fikirlah sendiri.."
Graf untuk 2 bulan
Graf untuk 2 tahun Graf untuk 5 tahun
Graf untuk 10 tahun....
Amacam? Kenapa, tak percaya ke? Betul tak yang Nabi sabdakan 1400 tahun dulu?





