Dalam beberapa minggu ini tidak lekang orang ramai membicarakan DINAR dan EMAS. Berdirilah dimana-mana, nescaya anda akan dengar cerita hangat EMAS antara topik yang sering dibualkan.
Harga naik tinggi lah....
Emas tengah mahal lah.......
Duit tisu tandas lah....
Betul ke emas tu ?
Dunia tengah krisis kewangan.....
Amerika dah tak boleh harap lagi dah....dan macam-macam lagi.
Ironinya, cerita dan kisah EMAS dan DINAR mula merebak sejak Tun Mahathir bersuara tentang kehebatan dan keunggulan EMAS sebagai penyimpan kekayaan yang stabil berbanding wang kertas yang disifatkan beliau sebagai tisu tandas. Jadi tercetuslah fenomena aura EMAS. Masing-masing mula mencari apa-apa sahaja bahan bacaan tentang EMAS. Bagi yang mengenali PG, syarikat pengeluar tempatan pertama di malaysia, mula menyerbu website syarikat sehingga kapasiti website tersebut tidak mampu lagi menerima kunjungan pelawat yang datang mengejut. Dikhabarkan sehingga kini sahaja, sudah ada lebih 2000 dealer PG diseluruh negara. Kedua, syarikat PG mengalami kesukaran untuk memenuhi permintaan luar jangkaan ini disebabkan permintaan melebihi penawaran. Maka syarikat terpaksa membekukan sementara tempahan emas bullion dan dinarnya.
Walaupun reputasi syarikat sedikit tercalar kerana langkah pembekuan dilakukan, namun langkah ini dianggap sebagai berani dan berintegriti kerana pihak syarikat berusaha memenuhi dahulu tempahan lama sebelum membuka tempahan baru sejurus semua tempahan lama berjaya dilunaskan.
Baru-baru ini saya terdengar berita baik dan bakal mengubah pola pemikiran dan minat masyarakat terhadap EMAS pelaburan ini sebagai simpanan dan pelaburan bijak. Apa yang saya maksudkan ialah kerajaan Perak selepas ini akan muncul sebagai kerajaan negeri kedua selepas kerajaan Kelantan akan mengeluarkan dinar dan dirham sendiri yang boleh didapati secara terbuka.
Langkah ini bukan sahaja akan menyemarakkan lagi kecenderungan dan minat rakyat agar memiliki EMAS pelaburan sendiri, malah ia menutup terus mulut pengkritik dinar dan dirham yang selama ini dipelopori oleh kerajaan Kelantan. Tidak kisahlah untuk tujuan apapun DINAR dan DIRHAM itu diperlakukan, yang pasti rakyat mula sedar tentang kehebatan dan ketinggian nilai EMAS.
Berikut adalah antara tanda penting yang dilihat penganalisis EMAS sebagai bukti kesedaran tentang EMAS sudah mula meningkat dikalangan masyarakat ;

a. Semakin banyak institusi perbankan membuka kaunter EMAS samada melalui buku atau jualan EMAS fizikal. Jika sebelum ini Maybank melalui GSPA dan Public Bank melalui GIA, kini Kuwait Finance House sudah membuka akaun emasnya sendiri.
b. Semakin banyak hadiah peraduan kini berupa EMAS dalam pelbagai bentuk. Kereta-kereta dah tak main dah. Namun kalau sebelum ni banyak hadiah EMAS ditawarkan dalam bentuk jongkong, tapi sekarang ini hadiah EMAS boleh juga dalam rupa MUG dalam iklan Nescafe tu. Akan datang silap-silap ada hadiah ayam emas, itik emas, ikan emas, bedak emas, karipap emas dan macam-macam.
c. Semakin banyak cakap-cakap tentang EMAS dalam masyarakat. Dari pemimpin sehinggalah ke rakyat bawahan yang boleh kita dengar cerita mereka di warung-warung kopi. Sejak Tun Mahathir bersuara setahun dua ni, ramai mula sedar dan beralih kepada simpanan EMAS. Termasuk mereka-mereka yang sebelum ini tidak yakin dan percaya. Nak kena tunggu penangan Tun Mahathir dulu barulah bergerak......
d. Semakin banyak saluran media bercerita tentang EMAS.
e. Semakin banyak pusat gadaian Ar-Rahnu dibuka. Macam cendawan tumbuh lepas hujan. Macam-macam Ar-rahnu ada pada hari ni. Ar-Rahnu Yapiem ada, KPMJ ada, Bank Rakyat ada, Agro Bank ada, Bank Islam pun ada dan banyak lagi. Zaman dah berubah. Kini orang ramai pergi ke Ar-Rahnu bukan lagi kerana tidak berduit, tapi buat duit dengan EMAS pula.
f. Semakin banyak EMAS digunakan dalam urusan dan majlis keraian dalam masyarakat. Contohnya dalam majlis bersejarah seperti di hari pertunangan dan perkahwinan. Sekarang ni kalau kita lihat, emas bukan sahaja dalam bentuk barang perhiasan sebagai hantaran dan mas kahwin tetapi sudah dalam bentuk DINAR dan JONGKONG. Adik lelaki saya yang akan berkahwin dengan nilai hantaran RM7000 kesemuanya ditukar dalam bentuk DINAR. Masa nikah pada Januari 2011 nanti, dijangka nilainya bukan lagi RM 7000 lagi, tapi RM 8000 atau lebih......Hai bertuahlah badan...
g. Semakin banyak seminar-seminar pelaburan EMAS diadakan.