Sunday, August 8, 2010

WANG KERTAS vs EMAS 1

Assalamualaikum......dan selamat sejahtera buat pembaca budiman

Kali ini posting saya khusus berkenaan perbandingan antara WANG KERTAS vs EMAS siri 1

Sebenarnya, secara sedar atau tidak, kita dilahirkan dalam suasana ekonomi yang sangat bergantung kepada duit kertas. Kita tak akan berjumpa ada negara di dunia hari ini menggunakan benda lain selain wang kertas sebagai medium pertukarannya. Negara terakhir yang akhirnya menggunapakai matawang kertas ini ialah Switzerland.


Wang fiat dalam bahasa mudahnya dipanggil wang kertas. Orang putih memanggilnya currency.
Kata dasar currency ialah current yang bermaksud arus atau aliran. Dalam pengertian yang senang difahami, wang kertas perlu sentiasa bergerak.

Apa akan jadi jika wang kertas berhenti bergerak? Sudah pasti nilainya akan mula merosot.

Sebagai contoh;

RM20,000 yang letakkan di dalam peti besi. Biarkan selama 20 tahun. Apa yang akan terjadi? Sudah pasti wang RM20,000 itu akan merosot nilainya. Jumlah fizikalnya, masih tetap 20,000 tetapi nilainya kalau dianggarkan secara kasar, kemungkinan besar hanya tinggal lebih kurang 12,000 sahaja. Walaupun rupa fizikalnya tetap sama, tapi nilainya tidak lagi sama. Terjejas kerana dimakan satu musuh utama wang hari ini bernama INFLASI. Itu adalah kelemahan currency. Selain itu, kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan kepada nilai kosong dengan mudah samada melalui ;

1. Dikoyakkan sampai lumat

2. Digunting

3. Dibakar

Sementara, emas adalah simbol kekayaan dan kehebatan kepada mana-mana manusia dan tamadun yang memilikinya sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6,000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.

2. Emas tidak boleh dibinasakan.

3. Tahan lasak.

4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.

5. Ia sukar diperoleh. (Lombong terdalam didunia sejauh 3 km hanya mampu menghasilkan 20-30gram emas sahaja)


EMAS SIMBOL KEKAYAAN SEBENAR
Pada zaman silam, emas menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya dan berkuasa. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasa, dimusnah atau berkurangan pada nilainya. Sebab itulah makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan, dan apa sahaja selain EMAS dan HARTANAH tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Jika HARTANAH pun, tidak semua manusia mampu memilikinya untuk tujuan simpanan kekayaan. Harganya yang mahal disamping tidak mampu memberi kelebihan kepada kita andai berlaku situasi yang tidak diingini.

Kesimpulannya, tidak semua benda didunia ini boleh dijadikan simpanan kekayaan melainkan EMAS dan HARTANAH. Tetapi tiada benda di dunia ini mampu memberi kita kelebihan dalam apa jua situasi dan ancaman melainkan dengan EMAS.

KISAH PERANG VIETNAM WAJAR DIJADIKAN IKTIBAR

Pernah saudara dengar kisah orang Vietnam ketika perang Vietnam era 70 dulu....
Semasa perang, rakyat Vietnam Selatan tidak membawa keluar lembu, kambing, tanaman, buah hatta RUMAH dan TANAH (sebab nak bawa macam mana?). Jadi apa mereka buat??

Mereka jual semua harta mereka tadi untuk ditukar kepada EMAS sebagai satu-satunya tele-hayat untuk membolehkan mereka terus hidup sebagai pelarian di mana-mana negara singgahan mereka.

Kelmarin, sehari sebelum Ramadhan, saya ada berjumpa dengan seorang pakcik yang pernah menjadi tentera Malaysia sewaktu perang Vietnam berlaku (keluarga Pak cik tu menjemput saya untuk memberi kefahaman tentang pelaburan EMAS)

Pak cik tu menjelaskan, semasa perang tersebut, kebanyakan mayat dan pendatang yang ditemui, membawa EMAS tersebut yang diletakkan secara tersembunyi pada lengan tangan mereka. Bayangkan situasi itu jika berlaku di Malaysia. (Semoga Allah selamatkan negara kita).

Adakah dengan nilai RM1 juta, kita boleh terus berbangga dengan kekayaan dan status yang kita ada? Cuba bawa duit tu ke Australia, Amerika, Arab Saudi.....adakah mereka boleh menerima duit kita?

Kini kita lihat pula situasi ilustrasi yang ini;

Satu jongkong emas bernilai RM20,000 dan diletakkan di dalam peti besi. Biarkan 20 tahun. Apa yang terjadi? Sudah pasti nilainya akan naik walaupun ia tak bergerak. Selain itu, emas adalah;

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

3. Aset yang terunggul

4. Ia tidak boleh dimanipulasikan


Kesimpulan bagi cerita di atas, jelaslah EMAS sebagi satu-satunya aset yang bernilai dan kebal dalam apa jua ancaman dan situasi. Kan Nabi dah sampaikan kepada kita tentang kelebihan EMAS ini di akhir zaman....tidak cukup bukti lagikah dengan hadith ini.....Fikir-fikirkan

No comments:

Post a Comment