Sejak seminggu ini banyak perbincangan (cakap-cakap) tentang penggunaan DINAR sebagai matawang alternatif.
![]() |
| Dinar - lambang kehebatan dan kekayaan sebenar |
Semua ini bermula apabila kerajaan Kelantan melalui Menteri Besarnya, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat telah mengumumkan penggunaan Dinar dan Dirham secara meluas meliputi aspek kehidupan seperti pemberian gaji, transaksi jual beli, pengeluaran zakat dan pelbagai lagi.
Tidak lama selepas itu, keputusan dan tindakan kerajaan Kelantan untuk menggunakan Dinar dan Dirham secara meluas mendapat pelbagai reaksi bermula dari Perdana Menteri, Bank negara sehinggalah rakyat kebanyak di warung-warung kopi. Ada yang mentertawakannya, ada yang menempelak dan tak kurang juga yang memujinya.Ternyata masih agak berliku perjalanan DINAR. Namun, yakinlah halangan-halangan ini tidak mampu lagi menutup sinarnya. Yang hak pasti menang.
Jika anda tanya saya, of course Dinar pilihan saya. Cuba anda bayangkan anda dibayar gaji dengan emas, anda nak tak? Jika anda peniaga, pelanggan anda menyerahkan emas dan perak sebagai ganti barang atau perkhidmatan yang anda sediakan..... Esok lusa harga naik...Best tak?
Anda tahu kenapa harga emas naik.....
![]() |
| Memilikinya ibarat memiliki kejayaan dan kehebatan |
Daripada perbincangan di atas, jelaslah DINAR adalah matawang terbaik dan memberi kesan baik pula kepada mereka yang mamnfaatkannya. Sejarah dahulu membuktikan dengan DINAR, ia bukan sahaja membantu memantapkan ekonomi malah secara tidak langsung membantu meningkatkan sosio ekonomi rakyat keseluruhannya.
.


No comments:
Post a Comment